12 March 2011

Sebuah Hubungan....

DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21

Cinta
sesuatu yang manis bila di rasai
sesuatu yang indah bila di miliki
Cinta
sebisa duri sembilu bila di sakiti
sesakit dihiris belati tajam bila dikhianati

Indah sebuah percintaan bila di ukir dengan warna-warni kebahagiaan
Aku menyimpan kamu dihati ku..
seperti mana aku menyimpan sekalung mutiara....
takkan ku biarkan ianya tercalar meskipun ditiup sang bayu

Cintailah aku selagi nyawa mu masih dijasad...
Sayangilah aku selagi nama ku di hati mu
rinduilah aku selagi aku Masih Bernafas......

Cintailah aku kerana ALLAH
Kasih lah Aku kerana ALLAH


Sabda Rasulullah SAW:
"tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu
jika ia mencintai ALLAH SWT dan Rasulnya lebih dari orang lain.
Jika dia mencintai sesama manusia semata2 kerana ALLAH SWT dan jika ia enggan
kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan ALLAH SWT daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka"





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...